Hari ini hari pertama Yumni yasmin
menjejakkan kakinya ke sekolah barunya walaupun hatinya bagai meronta-ronta
meminta dilepaskan daripada rasa gelisah yang seakan membunuhnya namun yumni
yasmin cuba menenangkan hatinya yang sememangnnya berdebar-debar untuk
menjejakkan kakinya di sekolah barunya itu. Sememangnnya Encik Khairi harus
bertukar tempat kerja. Langkah kaki yumni yasmin seakan-akan tidak bersemangat
untuk membawa jasadnya menaiki kereta BMW kepunyaan ibunya itu.”Sayang.. dah
sampai ni.. tak nak turun ke? Mummy ada mesyuarat penting hari ni jadi, mummy
tak dapat temankan yumni daftar. Maafkan mummy ye sayang?? Sayang maafkan mama
kan?” Suara Puan Layla yang sememangnya mempunyai suara keibuan yang tidak
dimiliki oleh sesetengah wanita yang bergelar ibu itu menyerap ke dalam hati
Yumni yasmin yang seakan-akan tidak mahu menerima mana-mana pujukan yang akan
dituju untuknya. Senyuman yumni yasmin yang seakan dipaksa-paksa itu
dilemparkan kepada Puan layla. “Iye.. yumni bukan budak kecik lagi laa mummy..
yumni pergi dulu tau, nanti jangan lewat ambik yumni.. “. Yumni yasmin mengucup
lembut tangan ibunya itu. Puan layla hanya tersenyum mendengar kata-kata anak
kesayangannya itu.
Yumni yasmin tercari-cari akan pejabat
sekolah barunya itu. Kedebum..! bunyi yang kuat itu membuatkan badan kecil
molek kepunyaan yumni yasmin terdorong kebelakang dan hampir-hampir terlanggar
tiang yang terletak betol-betol di tepinya. Muka Yumni yasmin merah kerana
menahan rasa marah, geram, malu semuanya bercampur baur. Yumni yasmin
mengangkat mukanya untuk melihat wajah orang yang melanggarnya itu. Api
kemarahan Yumni yasmin bertambah marak apabila dilihat orang yang melanggarnya
itu membuat muka selamba. Jangan kata nak minta maaf dengan aku, nak tengok
muka aku pun tak sudi .. ni memang dah lebih budak ni.. kalau muka macam Aeron
Aziz tu boleh jugak aku bagi muka.. ni muka macam monyet tepi rumah aku.. huh..
ni macam nak ajak aku masuk gelanggang gusti nampak!. Yumni Yasmin bermonolog
dengan dirinya sendiri. Perasaan geramnya tidak dapat ditahan lagi. “ Hey! Tak Nampak orang ke hah? Lain kali
pakai kaca mata.. tak pun kalau nak control macho sangat pakai laa contact
lense! Huh! Dah rabun buat-buat tak rabun’. Perasaan marah yumni yasmin terasa
dapat dikawal kembali. Dengan senyuman puas hati, Yumni yasmin melanggar bahu
orang yang disangka melanggarnya. “Woii cik adik, apasal kau langgar aku pulak!
Abang aku yang langgar kau, aku yang kena erk? Banyak cantik muka kau?” dengan
perasaan sebal, zaril membalas kata-kata pedas yumni yasmin.
Yumni Yasmin melihat orang yang tidak
sengaja melanggarnya mempunyai muka seiras dengan orang yang sengaja
dilanggarnya. Mulutnya tidak dapat ditutup rapat setelah mengetahui fakta yang
sememangnya mereka merupakan kembar seiras.”Saya minta maaf ye awak, saya tak
sengaja tadi. Memang salah saya pun tak tengok depan maafkan saya ye?.” Zarul
cuba meleraikan peperangan yang sememangnya tidak disangka-sangka itu. Dengan
perasaan malu, yumni yasmin berjalan pantas dan berharap dapat memboloskan
dirinya tanpa menghiraukan zarul yang ikhlas meminta maaf.
Danial dan Khai terkekeh-kekeh ketawa
melihat wajah zaril yang masam mencuka tidak puas hati lagi melancarkan
pelurunya. Zarul hanya tersenyum melihat adiknya namun, jauh disudut hati
zarul, dia merasakan perasaan yang telah lama tidak hadir setelah Qaseh yumni
menghilang daripada kemalangan yang telah meragut nyawa kedua-dua ibu-bapa
Qaseh yumni. Melihat wajah yumni yasmin sebentar tadi mengingatkannya kepada
Qaseh yumni, yang sememangnya dianggap cinta pertamanya. Senyuman zarul menjadi
pahit mengingatkan nasib malang yang mungkin ditimpa Qaseh yumni.
Xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx
“Assalamuallaikum cikgu” suara danial
selaku ketua kelas, memberi salam kepada guru kelas mereka yang bernama Cikgu
Hani. Cikgu Hani tersenyum kepada pelajarnya sambil menjawab salam di dalam
hatinya.Di luar kelas, yumni yasmin merasakan debaran yang bergetar-getar
ibarat hanphone n0kia menerima mesej. “Pada hari ni, cikgu akan perkenalkan
seorang rakan baru kamu semua.. yumni, silakan masuk.” Suara keibuan Cikgu Hani
menusuk lembut menjemput yumni yasmin masuk ke kelasbarunya itu.Suara Cikgu
Hani yang lembut menusuk ke dalam hati yumni yasmin dan itu menyebabkan sedikit
debaran dihatinya hilang. Dengan senyuman yang tidak lekang dari bibir mogel
yumni yasmin kepada Cikgu Hani, yumni yasmin masuk ke kelas barunya dengan
sopan.Alangkah terkejutnya yumni yasmin apabila ternampak muka Zaril,Khai,Danial
dan Zarul yang dianggap membawa nasib malang kepadanya itu.”Sila memperkenalkan
diri kamu yumni.” Sekali lagi suara Cikgu Hani memecah keheningan setelah
dilihat yumni yasmin hanya diam seribu bahasa.
“Nama saya Yumni Yasmin Binti Mohd Khairi.”
Suasana bertukar menjadi senyap sunyi.Semua terkejut akan salam perkenalan
daripada yumni yasmin yang terlalu pendek. “Ehem.. erm.. sampai disitu je salam
perkenalan awak yumni?” Cikgu Hani sekali lagi cuba memainkan peranannya.Yumni
yasmin hanya tersenyum menandakan sampai disitu sahaja salam perkenalannya.Tanpa
membuang masa, Cikgu Hani meminta yumni yasmin duduk di sebelah zaril yang
sememangnya hanya itu sahaja tempat kosong yang ada.Dengan keluhan yang berat,
Yumni yasmin duduk di tepi zaril. Selepas itu, Cikgu Hani meminta diri untuk
keluar kerana ada urusan dalam masa yang sama, di tempat Yumni Yasmin, yumni
berasa sangat dahaga dan terus mencapai air HUNDRED PLUS nya yang sememangnya
sering dibawa kemana-mana sahaja. Tiba-tiba, ketika yumni yasmin cuba membuka
airnya itu, air itu terjatuh ke lantai. 0leh jerana yumni yasmin terlalu dahaga
tanpa menunggu gas itu reda, dia terus cuba membuka penutup tudung airnya itu. Tanpa
disedarinya, air itu memerck keluar hingga terkena zaril yang berada di
sebelahnya. Zaril sememangnya yang tidak perasan akan kehadiran yumni yasmin
disebelahnya sejak daripada awal lagi kerana terlalu leka bermain iphone 4 nya
tersentak. “ Aduh air hujan mambang gunung!” zaril terlatah kerana terlalu
terkejut akan tindakan yumni yasmin itu sehingga dirinya bersilat di hadapn
yumni yasmin.
0leh kerana terlalu lucu, Yumni yasmin
meledakkan tawanya yang sememangnya seperti Pontianak harum sundal malam
lagaknya. Dengan perasaan geram, zaril berdiri sambil bercekap pinggang di
depan yumni yasmin dengan perasaan yang geram teramat, zaril menengking yumni
yasmin.”Woi perempuan, kau ni ape kes hah?” zaril cuba menundukkan kepalanya
untuk melihat wajah yumni yasmin. Yumni yasmin dengan muka yang merah padam
cuba menahan tawa mengangkat mukanya menatap mata zaril. “Kau lagi! Hoi.. kau ni
dah kenapa hah?? Harini banyak betol dosa kau kat aku erh.. dah basah baju aku
ni pun kau tak nak minta maaf lagi ke hah? Nak suruh aku ajar kau minta maaf ke
apa?”. Yumni Yasmin berasa malu akan tindakan zaril terhadapnya. Aiii mamat ni
dah lebih ni aku baru nak minta maaf dah sembur aku. Ni yang aku pantang sangat
ni nak ajak aku bertinju nampak? Yumni yasmin berkata-kata di dalam hati dengan
jiwa yang penuh membara, yumni yasmin pantas bangun dari tempat duduknya. “Aku
minta maaf la memang salah aku pun tapi tak perlu la kau tengking aku depan
semua orang. Entah apa-apa mamat nie” yumni yasmin membalas tanpa rasa bersalah
walau sekelumit pun di dalam hatinya.
“Eii.. perempuan nie aku cepuk karang kang! Ada
je kan jemput cekodok aku sedekah dekat surau depan rumah aku kang!” Zarul yang
seakan faham akan isyarat mata Danial dan Khai pantas menarikbaju zaril keluar
daripada kelas mereka sebelum mereka melihat yumni yasmin merasa tapak tangan
zaril.”Apa? ingat aku takut sangat ke?? Ni.. kat sini nie.. tampar laa kalau
nak tampar sangat.. hek elleh nak jadikan aku cekodok konon.. aku dulu yang
jadikan kau kodok baru tau karang!” Khai yang berada di sebelahnya hanya
tersengih mendengar omelan yumni yasmin.”Opocot.. kodok aku makan labu.. hah! Kau
ni pulak nak apa?” sergah yumni yasmin kepada Khai yang disangka cuba
memeranjatkannya. Khai tersengih cuba menahan tawanya daripada meletus.”Tak ada
apa-apa Cuma saya nak minta maaf bagi pihak kawan saya tu” . Dengan
tersekat-sekat Khai cuba menyatakan apa yang patut bagi pihak zaril. Yumni
yasmin terus berlalu meninggalkan Khai yang terkulat-kulat seorang diri.
No comments:
Post a Comment