Thursday, January 9, 2014

mukadimah hari jumaat =D

dear blogger,
actually arini aku ada banyak sangat cerita yg nak diceritakan untukmu..
entahlah blogger aku tak tahu kenapa dunia sekarang terlalu hipokrit..
susahnya untuk aku mencari org yg jujur dengan aku..
ramai orang kate aku sombong.. actually aku tak sombong, aku cuma tak selesa bile bercakap dengan lelaki..
dulu aku sebenarnyer tomboy,
pas2 biler dah besar mungkin aku dah banyak belajar tentang agama aku sendiri, aku mula mencari diri aku yg sebenar..
aku sebenarnyer kec0h giler k0t kalau dengan 0rg yg kenal.. tapi biler yg tak kenal aku buat dekk.. jeee...
bukan ape.. 
aku dah kate aku ni malu lah.. lagipun dlm islam pun ad kate kalau kite duduk kat kelompak lelaki..
kita seharusnya merasa terhina bukannya gembira.. =,=
that's why.. i won't like to talk to any boyfriend..
bukan sebab aku ni bahang gambang.. *bak kate terengganu*
aku just nak beri yg terbaek untuk org yg akan aku berikan hidupku.. aku tak b0h r dia ni dapat sisa2 kasih syg aku jer..
actually aku nak sgt jadi kekasih allah.. namun aku terfikir.. layak ker aku??
entahlah hanya allah jer yg tahu nilai aku..aku sebenarnya high-light aku harini nak kate
 yg sebenarnyer aku pening laa dengan cite2 aku..
aku ni nak sgt jadi penyanyi..
it's not because i want to be famouse..
but i just want the world know that music
but in the same time, i want to do a best for my parents..
parents aku memang entah laa nak habaq camner..
tapi ye laa kan tak ley salahkan dia.. dia nak yg terbaek untuk kite.. insyaallah.. semua yg berlaku ad hikmahnyer.. amin..

Sunday, March 24, 2013

cekodok milikku.. part 2


    “Hah yang korang halang aku tadi kenapa??? Eii aku rasa macam nak siku-siku je budak tadi tu.. kurang asam keping betol.” Zaril melepaskan amarahnya kepada abang dan sahabat baiknya itu. Danial yang sudah lama ingin meledakkan tawanya akhirnya terletus juga. Zarul hanya menggelengkan kepalanya tidak menyangka adiknya itu pandai juga membuat lawak. Selama ini bukan senang adiknya mahu memberikan perhatian kepada seorang wanita itu walaupun secantik bak bidadari sekalipun belum tentu dilayan oleh adiknya itu. Sememangnya hati adiknya itu keras dan hanya seorang sahaja yang dapat mengawal perasaan adiknya itu selain ibunya iaitu Qaseh Yumni yang hilang hampir tiga belas tahun telah hilang.Masih segar peristiwa di benaknya ketika tiga belas tahun dahulu. Tanpa disedarinya, satu persatu kenangan tiga belas tahun dahulu cuba memenuhi fikiran Zaril.





      “Woi.. kau nie dah kenapa? Termenung pula..Cikgu Syam dah masuk kelas lah wei jumlah ” Satu keluhan berat dilepaskan.Danial memecahkan memorinya yang masih segar cuba mengimbas kembali kenangan tiga belas tahun dahulu. Baginya, kehilangan Qaseh Yumni yang sentiasa bertakhta dihatinya dan takkan ada sesiapa yang dapat menggantikan tempat yumni yasmin yang sememangnya dia yakin, nama Qaseh Yumni bukan sahaja bertakhta dihatinya namun dihati adiknya juga. Itu perkara yang menjadi kepastiannya. Zaril mengatur langkahnya mengikuti langkah Danial dan Zarul yang semakin menghampiri pintu kelasnya itu.  



     “Assalamuallaikum cikgu” Danial memainkan peranan sebagai ketua kelas dengan sebaik-baiknya walaupun Danial hanya sebagai ketua kelas namun, baginya penting untuk dia menjaga imejnya agar rakan-rakan di dalam kelasnya hormat akannya. “Waalaikummussallam..duduk semuanya” Semua murid-murid mematuhi arahan Cikgu Syam yang dikenali dengan panggilan manjanya Mister Potato yang sememangnya misainya yang persis misai model Mister Potato Chip itu. Tambahan pula,makanan kegemarannya ialah Potato Chip. Lagi kenalah nama samaran itu. Cikgu Syam yang tersenyum meleret itu menarik perhatian pelajarnya untuk bertanya kenapa Cikgu Syam  tersenyum mengalahkan kambing tepi padang sekolah mereka itu.Namun tiada siapa yang berani bersuara kerana jawatan guru disiplin disandang itu membantut niat pelajar-pelajarnya itu daripada terus bertanyakan soalan itu.



      Buat pertama kalinya, pelajar-pelajar  tingkatan 5 Advance itu menunggu saat Cikgu Syam akan melontarkan vokalnya yang tidak dapat mengalahkan vocal M. Nasir itu. “Ehem..ehem.. pada hari ini saya ada berita gembira yang akan saya sampaikan kepada pelajar semua. Minggu depan kelas kamu akan menjalani Kem Motivasi Diri yang dianjurkan oleh saya sendiri.. hehe.. semestinya syok lah kan?? Sebab saya yang anjurkan hehe.. ada apa-apa soalan? Ah ye kumpulan akan saya bagikan.” Pertanyaan cepu emas Cikgu Syam itu dibalas dengan senyuman yang tersirat oleh pelajarnya. Peluang yang sememang tidak mungkin akan dilepaskan oleh pelajarnya kerana prinsip utama Cikgu Syam pantang kalau ada yang bercakap tanpa kebenarannya. Tanpa membuang masa, Antasya Amanda mengangkat tangannya dengan semangat. “Cikgu, kalau saya nak bawa anak patung Pony saya boleh kan cikgu?? Masih muat bas kan cikgu?? Sebab kan cikgu, malam-malam kalau nak peluk zana ni kan cikgu.. memang tak best.. macam peluk tiang lampu pun ada cikgu kalau cikgu tak percaya hah tengok laa ni..sekeping macam cicak kubing.. kan semua??”seisi kelas cuba menahan tawa mereka daripada terburai kerana kelas ini kalau ketawa kalah Pontianak harum sundal malam.Mereka yang melihat tindakan   tangan Antasya  Amanda sibuk mencuit-cuit lengan Razana Azian untuk memberi  bukti kepada Cikgu Syamnya itu hampir meledakkan tawa mereka yang melihatnya. Razana Azian melemparkan pandangan yang amat menakutkan sehingga Antasya Amanda terdiam seribu bahasa.



    “Erm.. awak boleh bawa je apa yang awak rasa perlu.. jangan bawak mak bapak, atuk nenek sudahlah.. sebab saya kata barang yang penting je ye.. bukan orang yang penting.” Jawapan Cik Syam untuk soalan Antasya Amanda itu telah meletuskan tawa yang luar biasanya perlahan. Yumni yasmin hanya menggelengkan kepalanya. Entah apa-apa.. hanya itu yang berada di benak gadis comel itu. Tanpa disedari yumni yasmin, gelagatnya itu menarik perhatian Zarul yang hanya tersenyum melihat gelagat yumni yasmin yang mencuit hatinya itu. Zarul dapat merasakan perasaan yang bahagia setelah sekian lama tidak dirasainya.


Friday, March 1, 2013

cekodok milikku.. part1

    



          Hari ini hari pertama Yumni yasmin menjejakkan kakinya ke sekolah barunya walaupun hatinya bagai meronta-ronta meminta dilepaskan daripada rasa gelisah yang seakan membunuhnya namun yumni yasmin cuba menenangkan hatinya yang sememangnnya berdebar-debar untuk menjejakkan kakinya di sekolah barunya itu. Sememangnnya Encik Khairi harus bertukar tempat kerja. Langkah kaki yumni yasmin seakan-akan tidak bersemangat untuk membawa jasadnya menaiki kereta BMW kepunyaan ibunya itu.”Sayang.. dah sampai ni.. tak nak turun ke? Mummy ada mesyuarat penting hari ni jadi, mummy tak dapat temankan yumni daftar. Maafkan mummy ye sayang?? Sayang maafkan mama kan?” Suara Puan Layla yang sememangnya mempunyai suara keibuan yang tidak dimiliki oleh sesetengah wanita yang bergelar ibu itu menyerap ke dalam hati Yumni yasmin yang seakan-akan tidak mahu menerima mana-mana pujukan yang akan dituju untuknya. Senyuman yumni yasmin yang seakan dipaksa-paksa itu dilemparkan kepada Puan layla. “Iye.. yumni bukan budak kecik lagi laa mummy.. yumni pergi dulu tau, nanti jangan lewat ambik yumni.. “. Yumni yasmin mengucup lembut tangan ibunya itu. Puan layla hanya tersenyum mendengar kata-kata anak kesayangannya itu. 

     Yumni yasmin tercari-cari akan pejabat sekolah barunya itu. Kedebum..! bunyi yang kuat itu membuatkan badan kecil molek kepunyaan yumni yasmin terdorong kebelakang dan hampir-hampir terlanggar tiang yang terletak betol-betol di tepinya. Muka Yumni yasmin merah kerana menahan rasa marah, geram, malu semuanya bercampur baur. Yumni yasmin mengangkat mukanya untuk melihat wajah orang yang melanggarnya itu. Api kemarahan Yumni yasmin bertambah marak apabila dilihat orang yang melanggarnya itu membuat muka selamba. Jangan kata nak minta maaf dengan aku, nak tengok muka aku pun tak sudi .. ni memang dah lebih budak ni.. kalau muka macam Aeron Aziz tu boleh jugak aku bagi muka.. ni muka macam monyet tepi rumah aku.. huh.. ni macam nak ajak aku masuk gelanggang gusti nampak!. Yumni Yasmin bermonolog dengan dirinya sendiri. Perasaan geramnya tidak dapat ditahan lagi.  “ Hey! Tak Nampak orang ke hah? Lain kali pakai kaca mata.. tak pun kalau nak control macho sangat pakai laa contact lense! Huh! Dah rabun buat-buat tak rabun’. Perasaan marah yumni yasmin terasa dapat dikawal kembali. Dengan senyuman puas hati, Yumni yasmin melanggar bahu orang yang disangka melanggarnya. “Woii cik adik, apasal kau langgar aku pulak! Abang aku yang langgar kau, aku yang kena erk? Banyak cantik muka kau?” dengan perasaan sebal, zaril membalas kata-kata pedas yumni yasmin.

     Yumni Yasmin melihat orang yang tidak sengaja melanggarnya mempunyai muka seiras dengan orang yang sengaja dilanggarnya. Mulutnya tidak dapat ditutup rapat setelah mengetahui fakta yang sememangnya mereka merupakan kembar seiras.”Saya minta maaf ye awak, saya tak sengaja tadi. Memang salah saya pun tak tengok depan maafkan saya ye?.” Zarul cuba meleraikan peperangan yang sememangnya tidak disangka-sangka itu. Dengan perasaan malu, yumni yasmin berjalan pantas dan berharap dapat memboloskan dirinya tanpa menghiraukan zarul yang ikhlas meminta maaf.

     Danial dan Khai terkekeh-kekeh ketawa melihat wajah zaril yang masam mencuka tidak puas hati lagi melancarkan pelurunya. Zarul hanya tersenyum melihat adiknya namun, jauh disudut hati zarul, dia merasakan perasaan yang telah lama tidak hadir setelah Qaseh yumni menghilang daripada kemalangan yang telah meragut nyawa kedua-dua ibu-bapa Qaseh yumni. Melihat wajah yumni yasmin sebentar tadi mengingatkannya kepada Qaseh yumni, yang sememangnya dianggap cinta pertamanya. Senyuman zarul menjadi pahit mengingatkan nasib malang yang mungkin ditimpa Qaseh yumni.

Xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx

    “Assalamuallaikum cikgu” suara danial selaku ketua kelas, memberi salam kepada guru kelas mereka yang bernama Cikgu Hani. Cikgu Hani tersenyum kepada pelajarnya sambil menjawab salam di dalam hatinya.Di luar kelas, yumni yasmin merasakan debaran yang bergetar-getar ibarat hanphone n0kia menerima mesej. “Pada hari ni, cikgu akan perkenalkan seorang rakan baru kamu semua.. yumni, silakan masuk.” Suara keibuan Cikgu Hani menusuk lembut menjemput yumni yasmin masuk ke kelasbarunya itu.Suara Cikgu Hani yang lembut menusuk ke dalam hati yumni yasmin dan itu menyebabkan sedikit debaran dihatinya hilang. Dengan senyuman yang tidak lekang dari bibir mogel yumni yasmin kepada Cikgu Hani, yumni yasmin masuk ke kelas barunya dengan sopan.Alangkah terkejutnya yumni yasmin apabila ternampak muka Zaril,Khai,Danial dan Zarul yang dianggap membawa nasib malang kepadanya itu.”Sila memperkenalkan diri kamu yumni.” Sekali lagi suara Cikgu Hani memecah keheningan setelah dilihat yumni yasmin hanya diam seribu bahasa.

   “Nama saya Yumni Yasmin Binti Mohd Khairi.” Suasana bertukar menjadi senyap sunyi.Semua terkejut akan salam perkenalan daripada yumni yasmin yang terlalu pendek. “Ehem.. erm.. sampai disitu je salam perkenalan awak yumni?” Cikgu Hani sekali lagi cuba memainkan peranannya.Yumni yasmin hanya tersenyum menandakan sampai disitu sahaja salam perkenalannya.Tanpa membuang masa, Cikgu Hani meminta yumni yasmin duduk di sebelah zaril yang sememangnya hanya itu sahaja tempat kosong yang ada.Dengan keluhan yang berat, Yumni yasmin duduk di tepi zaril. Selepas itu, Cikgu Hani meminta diri untuk keluar kerana ada urusan dalam masa yang sama, di tempat Yumni Yasmin, yumni berasa sangat dahaga dan terus mencapai air HUNDRED PLUS nya yang sememangnya sering dibawa kemana-mana sahaja. Tiba-tiba, ketika yumni yasmin cuba membuka airnya itu, air itu terjatuh ke lantai. 0leh jerana yumni yasmin terlalu dahaga tanpa menunggu gas itu reda, dia terus cuba membuka penutup tudung airnya itu. Tanpa disedarinya, air itu memerck keluar hingga terkena zaril yang berada di sebelahnya. Zaril sememangnya yang tidak perasan akan kehadiran yumni yasmin disebelahnya sejak daripada awal lagi  kerana terlalu leka bermain iphone 4 nya tersentak. “ Aduh air hujan mambang gunung!” zaril terlatah kerana terlalu terkejut akan tindakan yumni yasmin itu sehingga dirinya bersilat di hadapn yumni yasmin.

   0leh kerana terlalu lucu, Yumni yasmin meledakkan tawanya yang sememangnya seperti Pontianak harum sundal malam lagaknya. Dengan perasaan geram, zaril berdiri sambil bercekap pinggang di depan yumni yasmin dengan perasaan yang geram teramat, zaril menengking yumni yasmin.”Woi perempuan, kau ni ape kes hah?” zaril cuba menundukkan kepalanya untuk melihat wajah yumni yasmin. Yumni yasmin dengan muka yang merah padam cuba menahan tawa mengangkat mukanya menatap mata zaril. “Kau lagi! Hoi.. kau ni dah kenapa hah?? Harini banyak betol dosa kau kat aku erh.. dah basah baju aku ni pun kau tak nak minta maaf lagi ke hah? Nak suruh aku ajar kau minta maaf ke apa?”. Yumni Yasmin berasa malu akan tindakan zaril terhadapnya. Aiii mamat ni dah lebih ni aku baru nak minta maaf dah sembur aku. Ni yang aku pantang sangat ni nak ajak aku bertinju nampak? Yumni yasmin berkata-kata di dalam hati dengan jiwa yang penuh membara, yumni yasmin pantas bangun dari tempat duduknya. “Aku minta maaf la memang salah aku pun tapi tak perlu la kau tengking aku depan semua orang. Entah apa-apa mamat nie” yumni yasmin membalas tanpa rasa bersalah walau sekelumit pun di dalam hatinya.

  “Eii.. perempuan nie aku cepuk karang kang! Ada je kan jemput cekodok aku sedekah dekat surau depan rumah aku kang!” Zarul yang seakan faham akan isyarat mata Danial dan Khai pantas menarikbaju zaril keluar daripada kelas mereka sebelum mereka melihat yumni yasmin merasa tapak tangan zaril.”Apa? ingat aku takut sangat ke?? Ni.. kat sini nie.. tampar laa kalau nak tampar sangat.. hek elleh nak jadikan aku cekodok konon.. aku dulu yang jadikan kau kodok baru tau karang!” Khai yang berada di sebelahnya hanya tersengih mendengar omelan yumni yasmin.”Opocot.. kodok aku makan labu.. hah! Kau ni pulak nak apa?” sergah yumni yasmin kepada Khai yang disangka cuba memeranjatkannya. Khai tersengih cuba menahan tawanya daripada meletus.”Tak ada apa-apa Cuma saya nak minta maaf bagi pihak kawan saya tu” . Dengan tersekat-sekat Khai cuba menyatakan apa yang patut bagi pihak zaril. Yumni yasmin terus berlalu meninggalkan Khai yang terkulat-kulat seorang diri.