“Hah yang korang halang aku tadi kenapa???
Eii aku rasa macam nak siku-siku je budak tadi tu.. kurang asam keping betol.”
Zaril melepaskan amarahnya kepada abang dan sahabat baiknya itu. Danial yang
sudah lama ingin meledakkan tawanya akhirnya terletus juga. Zarul hanya
menggelengkan kepalanya tidak menyangka adiknya itu pandai juga membuat lawak.
Selama ini bukan senang adiknya mahu memberikan perhatian kepada seorang wanita
itu walaupun secantik bak bidadari sekalipun belum tentu dilayan oleh adiknya
itu. Sememangnya hati adiknya itu keras dan hanya seorang sahaja yang dapat
mengawal perasaan adiknya itu selain ibunya iaitu Qaseh Yumni yang hilang
hampir tiga belas tahun telah hilang.Masih segar peristiwa di benaknya ketika
tiga belas tahun dahulu. Tanpa disedarinya, satu persatu kenangan tiga belas
tahun dahulu cuba memenuhi fikiran Zaril.
“Woi.. kau nie dah kenapa? Termenung pula..Cikgu
Syam dah masuk kelas lah wei jumlah ” Satu keluhan berat dilepaskan.Danial
memecahkan memorinya yang masih segar cuba mengimbas kembali kenangan tiga
belas tahun dahulu. Baginya, kehilangan Qaseh Yumni yang sentiasa bertakhta
dihatinya dan takkan ada sesiapa yang dapat menggantikan tempat yumni yasmin
yang sememangnya dia yakin, nama Qaseh Yumni bukan sahaja bertakhta dihatinya
namun dihati adiknya juga. Itu perkara yang menjadi kepastiannya. Zaril
mengatur langkahnya mengikuti langkah Danial dan Zarul yang semakin menghampiri
pintu kelasnya itu.
“Assalamuallaikum cikgu” Danial memainkan
peranan sebagai ketua kelas dengan sebaik-baiknya walaupun Danial hanya sebagai
ketua kelas namun, baginya penting untuk dia menjaga imejnya agar rakan-rakan
di dalam kelasnya hormat akannya. “Waalaikummussallam..duduk semuanya” Semua
murid-murid mematuhi arahan Cikgu Syam yang dikenali dengan panggilan manjanya
Mister Potato yang sememangnya misainya yang persis misai model Mister Potato
Chip itu. Tambahan pula,makanan kegemarannya ialah Potato Chip. Lagi kenalah
nama samaran itu. Cikgu Syam yang tersenyum meleret itu menarik perhatian
pelajarnya untuk bertanya kenapa Cikgu Syam
tersenyum mengalahkan kambing tepi padang sekolah mereka itu.Namun tiada
siapa yang berani bersuara kerana jawatan guru disiplin disandang itu membantut
niat pelajar-pelajarnya itu daripada terus bertanyakan soalan itu.
Buat pertama kalinya,
pelajar-pelajar tingkatan 5 Advance itu
menunggu saat Cikgu Syam akan melontarkan vokalnya yang tidak dapat mengalahkan
vocal M. Nasir itu. “Ehem..ehem.. pada hari ini saya ada berita gembira yang
akan saya sampaikan kepada pelajar semua. Minggu depan kelas kamu akan
menjalani Kem Motivasi Diri yang dianjurkan oleh saya sendiri.. hehe..
semestinya syok lah kan?? Sebab saya yang anjurkan hehe.. ada apa-apa soalan?
Ah ye kumpulan akan saya bagikan.” Pertanyaan cepu emas Cikgu Syam itu dibalas
dengan senyuman yang tersirat oleh pelajarnya. Peluang yang sememang tidak
mungkin akan dilepaskan oleh pelajarnya kerana prinsip utama Cikgu Syam pantang
kalau ada yang bercakap tanpa kebenarannya. Tanpa membuang masa, Antasya Amanda
mengangkat tangannya dengan semangat. “Cikgu, kalau saya nak bawa anak patung
Pony saya boleh kan cikgu?? Masih muat bas kan cikgu?? Sebab kan cikgu,
malam-malam kalau nak peluk zana ni kan cikgu.. memang tak best.. macam peluk
tiang lampu pun ada cikgu kalau cikgu tak percaya hah tengok laa ni..sekeping
macam cicak kubing.. kan semua??”seisi kelas cuba menahan tawa mereka daripada
terburai kerana kelas ini kalau ketawa kalah Pontianak harum sundal malam.Mereka
yang melihat tindakan tangan
Antasya Amanda sibuk mencuit-cuit lengan
Razana Azian untuk memberi bukti kepada
Cikgu Syamnya itu hampir meledakkan tawa mereka yang melihatnya. Razana Azian
melemparkan pandangan yang amat menakutkan sehingga Antasya Amanda terdiam
seribu bahasa.
“Erm.. awak boleh bawa je apa yang awak
rasa perlu.. jangan bawak mak bapak, atuk nenek sudahlah.. sebab saya kata
barang yang penting je ye.. bukan orang yang penting.” Jawapan Cik Syam untuk
soalan Antasya Amanda itu telah meletuskan tawa yang luar biasanya perlahan.
Yumni yasmin hanya menggelengkan kepalanya. Entah apa-apa.. hanya itu yang
berada di benak gadis comel itu. Tanpa disedari yumni yasmin, gelagatnya itu
menarik perhatian Zarul yang hanya tersenyum melihat gelagat yumni yasmin yang
mencuit hatinya itu. Zarul dapat merasakan perasaan yang bahagia setelah sekian
lama tidak dirasainya.
No comments:
Post a Comment